
About
​
Kata - Kata Aluan Pengarah Urusan
Dalam mengendalikan urusan-urusan Umrah, kami berazam untuk meningkatkan perkhidmatan dan bimbingan yang terbaik kepada para pelanggan agar ibadah dan ziarah tuan-tuan/puan-puan semua memenuhi hasrat yang dikehendaki. Dari masa ke semasa pihak kami cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada agar tuan-tuan/puan-puan, semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.
​
Kami juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina daripada pihak tuan-tuan/puan-puan semua agar kami dapat memberikan perkhidmatan dan bimbingan yang terbaik, insyaAllah.
Selamat melayari laman web kami, dan terima kasih diucapkan atas sokongan tuan-tuan/puan-puan sekalian.
Sekian, wassalam.
​
Tuan Haji Ahmad Khairi Bin Haji Muhammad Khalil
Pengarah Urusan

Bahrulmazi yang memberi maksud “Lautan Madu” pada mulanya ditubuhkan pada bulan Januari 1990 dan berada di bawah tanggungan pemilik asalnya. Pada bulan Julai 1999 pentadbiran syarikat Bahrulmazi Travel and Tours Sdn Bhd telah diambil alih oleh Tuan Hj Ahmad Khairi Bin Hj M. Khalil. Alhamdulillah setelah lebih 10 tahun berlalu, kini syarikat Bahrulmazi Travel and Tours Sdn. Bhd. terus berkembang dan berdaya maju di bawah tanggungan beliau. Bahrulmazi Travel and Tours adalah sebuah syarikat ejen pelancongan bumiputera yang arif dan mahir dalam pengendalian pakej-pakej Umrah selama beberapa tahun. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah menggendali dan menguruskan segala perkhidmatan yang melibatkan pelancongan dalam dan luar negara, perhotelan, pengangkutan, lawatan, pakej percutian, tiket penerbangan, upah haji, zikir dan tahlil, qurban dan banyak lagi.
​
​
Objektif Syarikat
-
Untuk memudahkan perlaksanaan ibadah Umrah kepada Muslimin dan Muslimat sebagai rukun Islam yang ke-5.
-
Untuk membolehkan umat islam menyaksikan tempat-tempat bersejarah seperti masjid-masjid, tempat peranginan dan alam semulajadi ciptaan Ilahi.
-
Untuk memudahkan urusan-urusan pengendalian jemaah seperti mendapatkan visa, pengangkutan, penginapan, makan minum, ticketing serta menjimatkan kos perbelanjaan selain dari menepati masa seperti yang dirancang.
​
​
Pengarah dan Pemegang Saham
Bahrulmazi Travel and Tours Sdn. Bhd. di terajui oleh Tuan Haji Ahmad Khairi Bin Haji M. Khalil yang merupakan Pengarah Urusan dan juga pemegang saham terbesar syarikat. Beliau berpengalaman luas di dalam urusan pengendalian jemaah-jemaah Umrah selama lebih daripada 20 tahun.Beliau berpendidikan dari American University,Cairo dalam bidang ekonomi,bidang Lughah Al-Arabia di University Al-Qahirah dan Di University Al-Azhar dalam bidang Islamic Study.
​
Nombor Lesen
-
KPL/LN 2178 (KL)
-
KPL/LN 4130 (PG)
-
KPL/LN 4131 (KMN)
Bank
-
MAYBANK: 5570 9000 2488 (PNG) – Akaun Umrah